Untitled Document
 
 





       
 
" Saya berjanji setia kepada Nabi S.A.W akan mendengar dan mematuhi perintah, lalu beliau mengajarkan kepada saya berkenaan dengan apa yang saya sanggupi dan mengajarkan pula supaya jujur kepada setiap Muslim ".
 
Sahih Bukhari
 
 
:: Perutusan 2009
(Ketua Pengarah Kastam Malaysia)
 

Keseluruhan Pungutan Hasil KDRM 2008 adalah sebanyak RM28,632,788,296.63. Jumlah tertinggi pernah dipungut oleh KDRM sepanjang penubuhannya. Peningkatan pungutan sebanyak RM 4,910,221,789.50.

Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri mengariskan 6 perkara kakitangan kerajaan boleh membantu untuk melicinkan jentera pentadbiran kerajaan supaya negara terus membangun dan ekonomi berkembang.

  • Kepentingan untuk memperkukuhkan ‘intellectual capital' di kalangan warga kerana kemahiran dan pengetahuan khususnya di dalam bidang ekonomi dan pengurusan kewangan boleh membantu kerajaan di dalam membuat kepurusan yang tepat dan betul.

  • Keperluan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan kerana kecekapan kita akan membuatkan pihak lain yang berurusan dengan kita juga akan menjadi cekap.

  • Kemampuan untuk menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan secara kreatif dan inovatif kerana di dalam situasi dunia yang penuh mencabar pada hari ini, kemampuan untuk bertindak secara kreatif dan inovatif adalah sangat penting.

  • Memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan adalah benar-benar perlu atau berbaloi untuk dibelanjakan dan memberi faedah kepada kerajaan dan juga rakyat.

  • Memastikan setiap perancangan yang digariskan oleh kerajaan dilaksanakan mengikut apa yang telah dirancang dan mencapai matlamatnya.

  • Memastikan setiap perancangan yang merupakan sebahagian dari pakej rangsangan ekonomi berjalan mengikut jadualnya.

 

:: Dasar & Keselamatan Privasi :: Peta Laman :: Piagam Pelanggan ::
Hakcipta Terpelihara Kastam Diraja Malaysia Johor
Kami Tidak Bertanggungjawab Diatas Segala Kerosakan Semasa Melayari Laman Web Ini