Untitled Document
 
 





       
 
" Saya berjanji setia kepada Nabi S.A.W akan mendengar dan mematuhi perintah, lalu beliau mengajarkan kepada saya berkenaan dengan apa yang saya sanggupi dan mengajarkan pula supaya jujur kepada setiap Muslim ".
 
Sahih Bukhari
 
 
:: Import / Eksport
 
DUTI-DUTI

Semua duti/cukai kastam yang dikenakan atas barang-barang yang diimport hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum barang-barang itu boleh dilepaskan. Semua duti eksport yang dikenakan handaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum barang-barang itu dibenarkan untuk dieksport.
Duti-duti yang dilevikan ke atas mana-mana barang-barang yang diimport ke negara ini adalah terdiri dari:-
• Duti Import
• Cukai Jualan
• Duti Eksais

DUTI IMPORT

Kadar-kadar duti import adalah berbeza mengikut jenis barang yang diimport. Kadar duti yang dikenakan bagi tiap-tiap satu jenis barang yang diimport sedia dinyatakan di ruangan (4) dan (5) Jadual Pertama kepada Perintah Duti Kastam 1996. Barang-barang yang diimport sungguhpun tidak dikenakan duti import mungkin dikenakan cukai jualan.

CUKAI JUALAN

Kadar Cukai Jualan yang dilevi ada dinyatakan dalam Perintah Cukai Jualan 1977.
Cukai Jualan mempunyai empat jenis kadar iaitu:
• 5%,
• 10%,
• 20% dan
• 25%
yang dilevikan ke atas semua barang yang diimport selain daripada barang-barang yang tersenarai dalam Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 yang dikecualikan daripada bayaran cukai jualan.

TARIF KEUTAMAAN SAMA RATA (CEPT)

Kadar Duti CEPT diperuntukkan dibawah Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama Rata) 2004 (AHTN).
Semua negara anggota ASEAN adalah layak menikmati duti CEPT dengan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

1. Barangan atau kelas barang-barang yang diimport mesti berasal dari negeri-negeri ASEAN seperti yang dinyatakan dalam      perenggan 1(c) dan 1(d), Bahagian Pertama dalam Jadual Pertama Perintah AHTN.

2. Barang-barang atau kelas barang-barang yang berkaitan (berhubungan) mestilah juga ditawarkan dalam skim Perintah      CEPT oleh negara-negara pengeksport. Jika tidak ditawarkan tetapi tidak termasuk dalam skim CEPT, kadar duti import      negeri-negeri berkaitan hendak- lah tidak melebihi 5%.

3. Hanya negeri-negeri ahli yang menawarkan barang-barang atau kelas barang yang bercukai 20% atau lebih rendah di      bawah skim CEPT, adalah berkelayakan menikmati duti di bawah Tarif Keutamaan Samarata (CEPT) ke atas barang-     barang atau kelas barang-barang yang sama.

4. Sekiranya kadar duti CEPT negeri-negeri pengeksport melebihi 20%, negeri-negeri tersebut adalah layak menikmati kadar      duti Tarif Keutamaan Samarata (CEPT) barang-barang atau kelas barang-barang yang sama melebihi kadar duti 20%      juga. Dengan lain perkataan sekiranya kadar duti CEPT yang disenaraikan di dalam Jadual Kedua adalah 20% atau lebih      rendah, negeri-negeri pengeksport tidak layak menikmati kemudahan ini dan bayaran duti import yang dikenakan adalah      kadar duti yang ditetapkan dalam Perintah Duti Kastam 1996.

EKSPORT BARANGAN TANPA K2

Melalui Belanjawan Negara 1998, Menteri Kewangan telah mengumumkan kemudahan tambahan kepada para pengeksport, di mana kini mereka dibenarkan mengeksport barangan terlebih dahulu tanpa perlu mengemukakan Borang Kastam No. 2. Borang Kastam No. 2 hanya perlu dikemukakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perlepasan.

KELAYAKAN DAGANGAN

Semua barang-barang eksport layak menggunakan kemudahan ini kecuali:-
• Barang-barang yang tertakluk kepada tuntutan tarikbalik dibawah Seksyen 93 dan 99 Akta Kastam 1967.
• Barang-barang yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1998.

Cara eksport (mode of export) yang dibenarkan menggunakan kemudahan ini adalah yang melalui udara atau laut.

PERMOHONAN EKSPORT

Dalam prosedur biasa, Borang Kastam No. 2 digunakan untuk tujuan permohonan dan pelepasan eksport. Bagi kemudahan di bawah sistem ini permohonan eksport boleh dibuat dengan menggunakan inbois, nota perkapalan dan lain-lain dokumen sokongan. Inbois digunakan sebagai menggantikan borang eksport, manakala nota perkapalan digunakan sebagai borang pemantauan ke atas Borang Kastam No. 2.

PROSEDUR PENGECUALIAN CUKAI

Pengecualian Cukai Jualan di bawah butiran 99, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980, adalah satu kemudahan yang disediakan untuk faedah pengilang-pengilang tempatan yang mengilang barang-barang yang tidak dikenakan cukai jualan untuk dieksport dan juga barang-barang terkawal di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang tertakluk kepada kawalan harga bagi mendapatkan bahan-bahan mentah (termasuk bahan pembungkusan) bercukai tanpa dikenakan cukai jualan.

Kelayakan Mendapatkan Kemudahan Pengecualian Cukai Jualan Kemudahan ini bertujuan memberi pengecualian cukai terhadap bahan-bahan mentah dan bahan pembungkusan yang diguna oleh pengilang-pengilang tempatan untuk membuat barang-barang yang tidak kena cukai untuk pasaran eksport. Kemudahan ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

1. Bahan-bahan mentah dan komponen-komponen tersebut diimport atau dibeli dari pengilang berlesen.

2. Kecuali bagi artikel (barang-barang) yang diletakkan di bawah kawalan harga :

     • Bahan-bahan mentah dan komponen-komponen tersebut hendaklah digunakan dan dieksport dalam tempoh enam (6)          bulan daripada tarikh belian atau pengimportan atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua          Pengarah.

     • Bahan-bahan mentah dan komponen-komponen tersebut dan barang-barang yang dihasilkan darinya tidak boleh dijual          atau dilupuskan di dalam Persekutuan kecuali dibenarkan oleh Ketua Pengarah dan dengan bayaran cukai yang          bersesuaian.

:: Dasar & Keselamatan Privasi :: Peta Laman :: Piagam Pelanggan ::
Hakcipta Terpelihara Kastam Diraja Malaysia Johor
Kami Tidak Bertanggungjawab Diatas Segala Kerosakan Semasa Melayari Laman Web Ini