Untitled Document
 
 





       
 
" Saya berjanji setia kepada Nabi S.A.W akan mendengar dan mematuhi perintah, lalu beliau mengajarkan kepada saya berkenaan dengan apa yang saya sanggupi dan mengajarkan pula supaya jujur kepada setiap Muslim ".
 
Sahih Bukhari
 
 
:: Cukai Dalaman
 
PENGENALAN

Bahagian Cukai Dalaman adalah bahagian yang dipertanggungjawabkan memungut Cukai Jualan, Cukai Jualan atas Petroleum, Cukai Perkhidmatan, Duti Eksais dan Levi Keuntungan Luar Biasa melalui perundangan-perundangan berikut :-
• Akta Cukai Jualan 1972
• Akta Cukai Perkhidmatan 1975
• Akta EKsais 1976
• Perintah Cukai Jualan (Petroleum)(Pembayaran) 1999
• Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1999

Bahagian ini menyumbang lebih 60% hasil kutipan Jabatan dan peratusan terlibat bertambah dari tahun ke tahun. Cukai dan levi dipungut dari pengilang-pengilang dan orang-orang atau syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan yang telah ditetapkan di bawah akta-akta tersebut di atas. Cukai dipungut pada kadar-kadar seperti berikut :-

1. Cukai Jualan ialah 5%, 10%, 20% dan 25%
2. Cukai Perkhidmatan 5%
3. Duti Eksais adalah pada kadar ad valorem 10% hingga 100% dan pada kadar spesifik antara 10 sen hingga RM28 per liter      bagi minuman keras dan RM81 per kg bagi tembakau.
4. Cukai Jualan Petroleum pada kadar spesifik antara 0.5862 sen per liter untuk petroleum dan 0.1964 per liter untuk diesel.

Bahagian ini juga bertanggungjawab memberi fasilitasi atau kemudahan-kemudahan kepada industri bertujuan menggalakkan pertumbuhan industri dalam negeri ke arah mencapai Negara Industri menjelang tahun 2020. Kemudahan yang diberi termasuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan bahan pembungkusan tanpa cukai dan pengecualian-pengecualian cukai khusus di bawah kuasa Menteri. Bahagian ini juga terlibat dalam penetapan dasar subsidi diesel dan LPG melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

Tahun 2003 Bahagian Cukai Dalaman telah memungut RM12.49 billion dengan 41,773 pelesen. Struktur Pentadbiran Bahagian Cukai Dalaman, Ibu Pejabat terbahagi mengikut cawangan Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan dan Eksais, Petroleum dan Levi yang diketuai oleh Pengarah Cukai Dalaman, sementara struktur pentadbiran Bahagian Cukai Dlaman di peringkat negeri terbahagi mengikut fungsi, iaiatu Penguatkuasaan Pelesen, Pungutan dan Kawalan Kemudahan.

MISI

Misi Bahagian Cukai Dalaman ialah memungut Cukai Tidak Langsung negara dan membantu menggalakkan pertumbuhan industri dalam negara dengan komitmen kepada :-

1. Melaksanakan undang-undang yang ditadbir dengan betul dan telus.
2. Meningkatkan pengetahuan awam dan pemegang lesen tentang kepentingan undang-undang terlibat sekaligus      meningkatkan pematuhannya.
3. Memudahkan sistem dan prosedur supaya seimbang dengan kehendak semasa.
4. Menyediakan perkhidmatan yang professional dan berkualiti.

MATLAMAT

Menjadikan pentadbiran Cukai Dalaman sebagai pemungut cukai tidak langsung yang terpenting, diiktiraf dan disegani.

OBJEKTIF

1. Untuk memungut Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan, Duti Eksais dan Levi dengan tepat, cepat dan berkesan sesuai      dengan perkembangan dasar dan strategi percukaian tidak langsung negara.
2. Untuk membantu melaksanakan dasar pembangunan perindustrian dan aktiviti perdagangan negara dengan cekap dan      berkesan dari segi mempermudahkan urusan perdagangan dan perindustrian serta kerjasama serantau dan      antarabangsa.
3. Untuk meningkatkan pemantauan dan kawalan, pungutan dan kemudahan bagi mencegah kebocoran hasil negara.

CUKAI JUALAN

Cukai Jualan yang dipraktikkan di negara ini adalah cukai seperingkat yang dikenakan atas barang-barang tertentu yang diimport dan barang-barang buatan tempatan. Ia dikenakan ketika barang-barang tersebut diimport atau dijual, diguna atau dilupuskan dengan cara lain oleh pengilang-pengilang.

KADAR CUKAI JUALAN

Ia adalah cukai ad valorem dan kadarnya pada masa ini ialah seperti berikut :-

• Buah-buahan, makanan dan bahan-bahan pembinaan-5%.

• Semua barangan am (termasuk kereta)-10%.

• Arak dan minuman beralkohol-20%.

• Rokok dan cerut-25%.

BARANG-BARANG BERCUKAI

Semua barang yang diimport atau dikilang di Malaysia (kecuali Labuan, Langkawi dan Tioman) adalah bercukai jualan melainkan ia dikecualikan khusus oleh Menteri Kewangan.

Petroleum dan produk petroleum juga tertakluk kepada cukai jualan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Ketiga, Perintah Cukai Jualan (Kadar-Kadar Cukai) 1997.

                                                                                                                                                                                                                  [ Lagi... ]

CUKAI PERKHIDMATAN

Cukai perkhidmatan ialah cukai tidak langsung berkuatkuasa mengikut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975, mulai 1 Mac 1975. Perkhidmatan yang kena dibayar cukai (perkhidmatan bercukai) dan orang yang kena membayar cukai perkhidmatan adalah seperti disenaraikan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.

KADAR CUKAI PERKHIDMATAN

Kadar cukai perkhidmatan yang ditetapkan ialah 5%.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN CUKAI PERKHIDMATAN

Undang-undang berkaitan cukai perkhidmatan ialah :-
1. Akta Cukai Perkhidmatan 1975.
2. Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
3. Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2000.

PEMAKAIAN CUKAI PERKHIDMATAN

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 terpakai di seluruh Malaysia kecuali di Langkawi, Labuan, Zon Bebas (Mengikut definisi Akta Zon Bebas 1990), Pulau Tioman dan Kawasan Pembangunan Bersama (JDA). Dengan itu :-
1. Perkhidmatan yang ke dibayar cukai yang disediakan kepada orang di Langkawi, Labuan, Zon Bebas, Pulau Tioman dan      Kawasan Pembangunan Bersama tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.
2. Perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang disediakan kepada orang di luar negara tidak tertakluk kepada cukai      perkhidmatan.
3. Perkhidmatan yang kena dibayar yang disediakan oleh orang di luar negara secara terus kepada orang di Malaysia tidak      tertakluk kepada cukai perkhidmatan dan tidak perlu dikenakan cukai perkhidmatan.
4. Perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang disediakan oleh orang di luar negara melalui pemegang lesen cukai      perkhidmatan, adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.                                                                                                                                                                                                                   [ Lagi... ]

LELONGAN AWAM

Pelupusan barang-barang yang disita dan dilucuthak secara jualan boleh dijalankan melalui tiga kaedah :-

1. Lelongan Awam.
2. Tender
3. Sebutharga.

Barang-barang yang dijual melalui lelongan awam adalah seperti tekstil, pakaian siap, barangan industri, perkakasan elektrik/eletronik/dapor, alat-ganti kenderaan, bot, perabot, sampan, injin sangkut, kasut dan lain-lain barangan daripada kulit. Barang-barang yang dijual secara tender pula hanya meliputi kenderaan sahaja.

MAKLUMAT LELONG

Semua jualan melalui lelong adalah terbuka kepada orang ramai. Barang-barang berkaitan boleh dilihat pada tarikh, masa dan tempat seperti yang disenaraikan dalam Jadual Lelong.

Syarat-syarat Jualan :-

1. Tiada jaminan ke atas mutu dan keadaan barang yang dilelong.
2. Semua barang-barang adalah dilelong sebagaimana (as is), di mana (where is) dalam keadaan semasa dilihat termasuk      apa-apa kekurangan, kerosakan, kecacatan dan sebagainya.
3. Jabatan ini berhak menukar dan menarik mana-mana butir barang-barang yang disenaraikan tanpa kenyataan terlebih      dahulu.
4. Penawar tertinggi sekali adalah pembeli yang berjaya dan jika ada apa-apa perselisihan yang berbangkit mengenai      penawar yang tertinggi, barang-barang berkenaan akan dilelong semula.
5. Harga ke atas barang-barang tertakluk kepada suatu harga tertentu.
6. Bayaran berasingan atau penyerahan barang-barang diantara pembeli bagi pihak pembeli yang lain tidak dibenarkan.

                                                                                                                                                                                                        [ Sambung... ]

LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA

Pada 23 Oktober 1998 YAB Perdana Menteri Malaysia/Menteri Kewangan I dalam ucapan Belanjawan 1999 di Dewan Rakyat telah mengumumkan bahawa satu levi ke atas keuntungan luar biasa akan dikenakan untuk membantu Kerajaan mendapat hasil tambahan mulai 1 Januari 1999. Keuntungan luar biasa ialah satu keuntungan yang terlebih yang didapati apabila harga jualan yang sebagai contoh YAB Perdana Menteri/Menteri Kewangan I telah menyebut bahawa Levi Keuntungan Luar Biasa akan dikenakan kepada minyak sawit mentah apabila harganya melebihi RM2,000.00 se tan.

PROSIDUR LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA

1. PENALTI

     Jika apa-apa amaun levi masih belum dibayar selepas hari terakhir levi itu genap masa dan kena dibayar, penalti      mengikut Seksyen 9 Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 akan dikenakan.

     Penalti kadar 10% akan dikenakan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh ia patut dibayar; kadar penalti akan ditambah      10% bagi tempoh tiga puluh hari yang kedua selepas hari terakhir itu dan penalti terus dikenakan sehingga levi tersebut      dibayar. Kadar maksima penalti yang boleh dikenakan ialah 50%.

2. PEMBAYARAN BALIK LEVI

     Pembayaran balik levi boleh diarahkan oleh YB Menteri Kewangan di bawah Seksyen 13 Akta.

     Pengeluar berdaftar boleh juga menuntut pembayaran balik levi yang terlebih atau tersilap dibayar dengan      mengemukakan permohonan dalam Borang JKED No. 2. Tuntutan perlu dibuat dalam satu tahun selepas pembayaran      lebih atau silap dibuat.

                                                                                                                                                                                                        [ Sambung... ]

KAWALAN PETROLEUM

Cawangan Petroleum adalah terletak di bawah Bahagian Cukai Dalaman.  Cawangan ini bertanggungjawab mengawal dan mempastikan kesemua perundangan dan prosidur kawalan ke atas Aktiviti Petroleum berjalan dengan teratur, kemaskini dan selaras dengan kehendak dan pembangunan negara.

Kawalan Perkastaman ke atas Operasi Petroleum Negara meliputi :-
1. Kawalan ke atas Aktiviti Petroleum Huluan (Upstream)
2. Kawalan ke atas Aktiviti Petroleum Hiliran (Downstream)

1. AKTIVITI PETROLEUM HULUAN

1.1 KAWALAN

       Kawalan diperingkat eksplorasi, pengerudian, pengeluaran dan penyimpanan hasil carigali pertroleum (minyak mentah        Kondenset dan gas asli)

       Kawalan ke atas Pengkalan Bekalan Petroleum (Supply Base) yang dilesen di bawah Seksyen 65/65A Akta Kastam 1967.        Gudang-gudang berlesen ini menjalankan penggudangan dan pengilangan(fabrikasi) peralatan carigali bagi operasi        petroleum huluan.

       Kawalan ke atas syarikat-syarikat petroleum yang diluluskan di bawah butiran 107, Perintah Duti Kastam (Pengecualian)        1988 dan butiran 90 Perintah Cukai Jualan 1988, bagi menjalankan aktiviti carigali (eksplorasi, pengerudian dan        pengeluaran) mendapat pengecualian daripada membayar duti import dan cukai jualan ke atas barang dan peralatan        yang digunakan secara langsung bagi pengeluaran petroleum dan gas (tertakluk kepada kelulusan dari Perbendaharaan        Malaysia)

       Hasil Pengeluaran Petroleum Huluan yang bercukai adalah Minyak mentah (Tertakluk kepada 10% duti) dan Kondensate        (Tertakluk kepada 10% duti)
                                                                                                                                                                                                        [ Sambung... ]

:: Dasar & Keselamatan Privasi :: Peta Laman :: Piagam Pelanggan ::
Hakcipta Terpelihara Kastam Diraja Malaysia Johor
Kami Tidak Bertanggungjawab Diatas Segala Kerosakan Semasa Melayari Laman Web Ini